Artikel Sastera: Sastera Melayu – Radikal Menongkah Kemapanan – SM ZakirOleh S. M. Zakir
MEMBENTUK pandangan radikal bukan bermakna menentang bentuk atau konvensi yang sedia ada.
Karya-karya yang disifatkan sebagai konvensional tetap berdiri dengan kekuatannya yang tersendiri dalam arus perdana kesusasteraan Melayu.
Karya konvensional ini secara umumnya merupakan karya berbentuk realisme yang memaparkan bentuk tradisi dulce et utile atau `yang manis dan yang berguna’ membina didaktisme langsung dalam konteks hubungan karya dengan khalayak.
Melihat bentuk sastera Melayu moden sehingga penghujung abad ke-20 yang dipelopori oleh penulis-penulis dari Asas 50, penulis dekad 1960-an, 1970-an, dan 1080-an telah membina satu norma penulisan yang berdasarkan bentuk realisme.
Norma penulisan ini membentuk kebiasaan umum dan diinstitusikan sebagai bentuk konvensional iaitu bentuk mapan (establish) `apa yang sedia ada’.
Sastera konvensional merujuk kepada ideal kehidupan yang berkait rapat dengan hubungan manusiawi, alamiah, semula jadi dan vertikal. Ia dibentuk oleh ciri-ciri perlataran realiti persekitaran serta alam fauna dan flora.
Di samping ciri-ciri penstrukturan teks dalam set teknik yang umum, dan pembinaan tema atau pesan yang melihat kepada aspek pembudayaan. Sementara pengukuhan pemikiran di dalam sastera konvensional ini cenderung kepada pembinaan idealogi dan aliran yang khusus.
Dalam masa yang sama ia mencirikan situasi wilayah `tempatan’ yang cantik dan indah tetapi menjerat perjuangan, keperitan dan rentasan takdir yang serba payah di dalamnya.
Dalam konteks sejarah, karya realisme yang menjadi bentuk mapan atau teras kesusasteraan umum secara sejagatnya ini bermula daripada genre pastoral yang muncul di Barat pada zaman pencerahan.
Karya-karya zaman ini ditandai dengan karya-karya buah tangan Milton, Spenser, Sidney, Shelly atau juga Cervantes dengan Don Quixotenya yang mencirikan suasana desa, gembala, fauna serta floranya yang penuh nostalgia dan simbolik.
Ia mencerminkan satu hubungan naturalisasi yang memperlihatkan bahawa manusia dicipta oleh Tuhan dan kekuasaan Tuhan menentukan takdir manusia dan persekitaran alam semulajadinya.
Realisme memberikan hubungan yang jelas tentang warna-warna kehidupan manusia di dalam bentuk yang paling dekat dan langsung dengan realiti. Realisme boleh dikatakan merupakan asas kepada kesusasteraan moden.
Perubahan
Menjelang dekad perubahan era perindustrian, bentuk kesusasteraan mula memperlihatkan beberapa ciri baru atau ciri perubahan yang membentuk klasifikasi baru kesusasteraan.
Terlahir bentuk romantis, absurd, surealis, ekspresionis dan sebagainya. Klasifikasi dilihat penting dalam melihat situasi dunia kesusasteraan.
Dalam pada itu klasifikasi memberikan simbol tertentu kepada aliran pemikiran, persekitaran sosial-ekonomi-politik dan milieu kepengarangan.
Klasifikasi bukan sahaja menjelaskan tentang perbezaan situasi kepengarangan tersebut tetapi juga melihat kepada prinsip keperbezaan tersebut. Levi-Strauss pernah menyebut, `any classification, even a bad one, is better than no classification at all.’
Sastera Melayu moden yang mantap muncul diwakili oleh karya-karya penulis ASAS 50 diikuti oleh penulis-penulis yang membawa jalur fikiran baru seperti Shahnon Ahmad, Arenawati, A. Samad Said, Azizi Hj Abdullah, Abdullah Husain, S. Othman Kelantan, Fatimah Busu, Anwar Ridhwan dan ramai lagi yang banyak mencirikan warna tempatan serta wajah wilayah Melayu yang akrab dengan sifat-sifat alamnya.
Sastera realisme ini – melalui perjalanan masa yang panjang – secara alamiahnya membentuk stereotaip yang menjadi suatu bentuk set nilai dunia kesusasteraan.
Pengukuhan yang meletakkannya sebagai suatu autoriti budaya yang menjadi acuan kepada set nilai tersebut berlaku melalui dua bentuk `permainan bahasa’ iaitu pendesakan (authority of assertion) dan perulangan (gregariousness of repetition).
Permainan bahasa ini disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers. Pengukuhan ini akhirnya menjadikannya sebagai suatu bentuk `kuasa’ di dalam dunia kesusasteraan.
Namun menjelang dekad awal 1990-an (pecahan klasifikasi dibuat di sempadan ini) lahir karya-karya yang cenderung untuk menyimpang daripada bentuk konvensional ini.
Walaupun kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk-bentuk mapan ini wujud pada setiap dekad tetapi pengklasifikasian terhadap karya-karya yang menyimpang dibuat pada masa yang lebih terkemudian bagi melihat kecenderungan penulis-penulis muda mutakhir yang muncul pada dekad awal abad ke-21.
Beberapa orang penulis yang mempunyai kecenderungan untuk menyimpang daripada bentuk konvensional bereksperimen dengan bahasa, bentuk, gaya mahupun pemikiran yang unik dan tersendiri.
Kekuatan
Tidak salah untuk menamakan karya-karya ini sebagai karya eksperimental. Zaen Kasturi dilihat dengan kekuatan permainan bahasanya; Daeng Ramliakil dengan gaya; Muhd Nasruddin Dasuki dengan bentuk dan bahasa; Marsli N.O kepada gaya dan bentuk; sementara Azmah Nordin dilihat kepada cerita dan gaya.
Kecenderungan untuk menyimpang ini kemudian diteruskan oleh penulis yang lebih terkemudian seperti Zainal Rashid Ahmad, Mawar Shafei, Faisal Tehrani dan Azman Husin.
Zainal menggabungkan bahasa, gaya dan pemikiran dengan idealisme kesasterawanannya. Mawar masih tegar dengan kepayahan istilahnya. Namun jauh berbeza, Azman dan Faisal dilihat membentuk penyimpangan mereka lebih kepada pemikiran dan gaya, bukan lagi dengan kepayahan bahasa atau bentuk yang kabur sifatnya.
Kedua-dua mereka lebih senang dengan bentuk bahasa yang mudah difahami dan terus langsung kepada pembaca. Azman dilihat bergerak di dalam satu rentak yang senada, iaitu dengan `dunia warga kemacar’nya; sementara Faisal dengan pelbagai nadanya – dari underground hingga kepada jihad Islamnya.
Kelahiran karya-karya yang `berani’ ini tidak boleh hanya dilihat dari satu sudut yang mudah dan mengkesampingkan wajah-wajah besar yang tersembunyi di sebaliknya.
Pendekatan pengkritik, pengkaji, penelaah mahupun pembaca yang sering melihat sesebuah karya dari sudut tradisonal dulce et utile selalunya gagal untuk memahami bagaimana sesebuah penyimpangan itu memainkan peranan sebagai ipso facto yang memperlihatkan permainan bahasa yang disebut sebagai topeng linguistik atau masques langagiers itu mewujudkan sebuah dunia kesusasteraan yang besar.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mutu pengkaryaan penulis-penulis muda (relatif umur) dikatakan amat merosot sekali.
Dakwaan ini ada benarnya, namun dalam masa yang sama juga telah lahir karya-karya yang baik daripada tangan penulis-penulis muda ini.
Nama-nama seperti Saharil Hasrin Sanin, Muhd Lutfi Ishak, Nazmi Yaakub, Saifulizzan Tahir, Saifulizan Yahya, Salman Sulaiman, Siti Jasmina Ibrahim, Sri Rahayu Mohd Yusop, Siti Hajar Mohd Zaki, Amalia Fauza, Juliana Mohamed.
Sementara yang lebih terkemudian seperti Ghafirah Idris, Ummu Hani, Jimadie Shah, Amiza Khusri Yusuf, Anjan Ahzana dan Abdul Rahim Idris menghasilkan karya yang cukup memberangsangkan.
Beberapa penulis lagi seperti Wan Marzuki Wan Ramli, Zanazanzaly, Rozais Al-Anamy terus menghasilkan karya yang menjanjikan.
Namun penelitian yang lebih khusus dalam melihat penyimpangan terhadap konvensi dapat dilihat daripada kehadiran karya-karya Zainal Rashid Ahmad, Saharil Hasril Sanin, Muhd Lutfi Ishak, dan Jimadie Shah memberi cabaran kepada penelaah susastera untuk melihat sisi sastera keluar dari ego konvensional.
Zainal, penulis yang sudah mapan sementara Saharil, Lutfi dan Jimadie adalah bakat yang dicungkil daripada Minggu Penulis Remaja (MPR) DBP.
Artikel Sastera: Sastera Melayu – Radikal Menongkah Kemapanan – SM Zakir Oleh S. M. Zakir

Tidak salah untuk menamakan karya-karya ini sebagai karya eksperimental. Zaen Kasturi dilihat dengan kekuatan permainan bahasanya; Daeng Ramliakil dengan gaya; Muhd Nasruddin Dasuki dengan bentukdan bahasa; Marsli N.O kepada gaya dan bentuk; sementara Azmah Nordin dilihat kepada cerita dan gaya.

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta izinNya dapatlah kami menyiapkan blog tokoh kajian kami untuk subjek Cerpen Melayu (SKMM1043). Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih sebagai tanda penghargaan kami kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan blog tentang tokoh kajian kami ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pensyarah kesayangan kami iaitu Dr. Mawar Shafei yang banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan dan semangat kepada kami dalam usaha untuk menyiapkan blog ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada sahabat seperjuangan yang bertungkus lumus mengerah keringat untuk menyempurnakan blog tokoh kajian kami iaitu Usman Awang.
Untuk pengetahuan semua, blog yang kami sediakan ini adalah sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami terhadap pejuang sastera yang tidak asing lagi dalam dunia kesusasteraan iaitu Allahyarham Dato' Usman Awang. Setiap perjalanan seni beliau khususnya bidang sastera dimuatkan dalam blog ini. Fokus utama blog ini hanya dalam bidang CERPEN. Blog yang kami sediakan ini juga merupakan sebahagian daripada markah penilaian untuk subjek cerpen Melayu (SKMM1043) semester ke-2 bagi sesi pengajian 2009/2010 di bawah program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu (PPBKKM), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Blog ini juga akan dinilai oleh pensyarah kursus Cerpen Melayu (SKMM1043) iaitu Dr. Mawar Shafei yang juga merupakan Ketua Program di pusat pengajian kami. Pembahagian blog ini meliputi biografi tokoh, karya dan sumbangan, anugerah dan pengiktirafan. Selain blog Usman Awang, terdapat juga blog-blog dari kumpulan lain yang mengkaji tokoh seperti Zaharah Nawawi, Salmi Manja, Awam il-Sarkam, Ali Majod, Ishak Hj Muhammad, Abdullah Tahir,Mana Sikana, A. Samad Said dan Hamzah Hussain.
Akhir kata, kami amat mengalu-alukan cadangan dan komen daripada semua dalam usaha untuk memperbaiki lagi tugasan kami ini.
***SELAMAT MELAYARI BLOG USMAN AWANG***
Posted by Dia..Usman Awang at 5:21 AM0 comments Wednesday, January 13, 2010 BIOGRAFI Nama sebenar Usman Awang ialah Wan Osman bin Wan Awang. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Usman Awang dikenali juga dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Ros Murni, U.A, Setiabudi, dan Zaini. Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam kesusasteraan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu, nama Usman Awang paling terkenal dalam kalangan pengkaji dan peminat sastera Melayu pada pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair budayawan yang terus kreatif memberikan semacam keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita.
Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah pudar dan sentiasa dapat menyesuaikan dirinya dalam pelbagai zaman dan situasi. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanya setakat sekolah Melayu. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membolehkan beliau untuk meneruskan pendidikannya. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun dan selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi "budak pejabat" di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman Jepun dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, Jepun menyerah kalah. Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah Tanah Melayu pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama-sama Jamil Sulung. Di Singapura, Usman diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu.
Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan Majalah Mastika. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, dan Usman Awang turut serta dalam memegang jawatan yang sama. Akibat peristiwa pemogokan Utusan Melayu dalam tahun 1961 Usman berhenti dari Utusan Melayu dan terpaksa menganggur buat beberapa waktu.
Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa, dan kemudian pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982, beliau turut menjadi Ketua Bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Usman Awang adalah antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkan beberapa ikatan yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya dan pintar dan menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah antara keistimewaan Usman Awang. Beliau juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkan sejak akhir tahun- tahun 1960-an. Cerpen yang banyak dihasilkan dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an lebih memperlihatkan sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep 'Seni untuk Masyarakat' yang didukungnya sebagai anggota ASAS 50. Oleh itu, cerpen-cerpen yang dihasilkan hanyalah berupa rakaman pengalaman, pergaulan dan pemerhatian untuk mendedahkan segala kejelikan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Dalam pada itu, beliau tidak juga terlepas daripada memperlihatkan pandangan seorang anak muda yang berjiwa romantis dan idealis.
Selain bidang cerpen, Usman Awang juga bergiat dalam penulisan puisi, novel dan juga drama. Beliau terkenal dengan karyanya dalam bidang puisi berbanding dengan cerpen, drama dan novel. Karya-karya yang dihasilkan oleh beliau banyak mendapat sambutan dari pelbagai pihak. Tanggal 29 November 2001, Sasterawan Negara yang banyak menabur budi dan mengangkat kedudukan dunia sastera moden di negara ini kembali ke Rahmatullah. Pemergian beliau telah menyebabkan negara kita kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa dalam dunia kesusasteraan.
Posted by Dia..Usman Awang at 11:13 PM0 commentsKARYA DAN SUMBANGAN Allahyarham Usman Awang semasa hayatnya, banyak memberikan sumbangan terhadap puisi Melayu namun tidak dinafikan juga beliau turut menghasilkan karya seperti cerpen. Antara cerpen yang dihasilkan oleh beliau ialah :
***CERPEN ECERAN***
***KUMPULAN CERPEN***
Posted by Dia..Usman Awang at 9:10 PM0 commentsANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
Dinsman (peny). 1995. Koleksi Terpilih Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamzah Hamdani. 2003. Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Umbi. Johor Bharu: Yayasan Warisan Johor.
Muhammad Haji Salleh. 2006. Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh. 1999. Mutakhir Abad 20 Kumpulan Cerpen dan Puisi Tongkat Warrant Seniman Agung. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd.
Usman Awang. 1963. Degup Jantung. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.
Usman Awang. 2005. Kami Yang Terlibat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zurinah Hassan. 2006. Sasterawan Negara: Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Posted by Dia..Usman Awang at 6:48 AM0 commentsHome Subscribe to: Posts (Atom) PANTUN SELAMAT DATANG Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
DETIK DEMI DETIK MASA ITU EMAS USMAN AWANG Dia..Usman Awang Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Beliau banyak terlibat dalam dunia kesusasteraan khususnya kesusasteraan moden. Beliau terkenal dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Ros Murni, U.A, Setiabudi dan Zaini. Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam. Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu sebagai sidang pengarang Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan Majalah Mastika. Beliau telah menerima pelbagai penghargaan dan pengiktirafan. Antaranya beliau menerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Anugerah Sastera Negara (1983), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan UM (1983) dan pelbagai lagi. Pada tanggal 29 November 2001, Sasterawan Negara yang banyak menabur bakti dan mengangkat kedudukan sastera moden ini telah kembali ke Rahmatullah. View my complete profile NUR ANISA BT ABD WAHAB
[email protected] HASMAWANI BT MUHAMMAD
[email protected] NUR SHEILA BT KARIM
[email protected] Blog Archive Followers Senarai Pautan

- Peristiwa Bunga Telur (Utusan Zaman, 24 April 1949)
- Mulanya Dia Menjadi Mata-mata (Utusan Zaman, 19 Jun 1949)
- Berhari Raya ke Rumah Tunang (Utusan Zaman, 24 Julai 1949)
- Hinakah Aku Mencintai Seniwati (Utusan Zaman, 21 Ogos 1949)
- Wang Mengatasi Cinta (Utusan Zaman, 9 Oktober 1949)
- Cinta di Negara Hang Tuah (Utusan Zaman, 12 Februari 1950)
- Nasib Seorang Ibu Tua (Utusan Zaman, 7 Mei 1950)
- Untuk Jadi Orang Bangsawan (Utusan Zaman, 17 September 1950)
- Surat daripada Seorang Mata-mata (Utusan Zaman, 22 Oktober 1950)
- Bini Muda (Utusan Zaman, 19 November 1950)
- Isi Sepucuk Surat (Hiburan, 15 April 1950)
- Laut Tak Bertepi (Utusan Zaman, 20 Mei 1951)
- Manusia dan Hidup (Utusan Zaman, 10 Jun 1951)
- Kenalan Baru (Utusan Zaman, 21 Oktober 1951)
- Terbitnya Matahari Pagi (Utusan Zaman, 25 November 1951)
- Kejadian di Kampung (Utusan Zaman, 23 Disember 1951)
- Sepanjang Jalan dari Melaka ke Lubuk Cina (Utusan Zaman, 20 Mei 1951)
- Kisah Baru (Mastika, Januari 1951)
- Menentang (Mastika, Mei 1951)
- Surat dari Seorang Teman (Mutiara, November 1951)
- Bunga Hidupku (Utusan Zaman, 24 Ogos 1952)
- Melihat Bintang-bintang Seni (Utusan Zaman, 21 September 1952)
- Pengertian Cinta Buat Temanku di Negara Sunyi (Utusan Zaman, 30 November 1952)
- Pilihan Raya (Utusan Zaman, 11 Disember 1952)
- Untuk Malaya Merdeka (Mastika, Oktober 1952)
- Manusia-manusia yang Hidupnya Bertujuan (Utusan Zaman, 23 Mac 1953)
- Aku dan Kekasihku (Utusan Zaman, 12 Julai 1953)
- Mencari Bakat (Mastika, April 1953)
- Kisah Bersambung (Utusan Zaman, 7 Februari 1954)
- Mencari Dahan Tempat Bergantung (Mastika, Mac 1954)
- Baik Hati (Mastika, April 1954)
- Tak Kenal Maka Tak Cinta (Mastika, November 1954)
- Alkisah (Utusan Zaman, 21 November 1954)
- Kisah Pertama (Mastika, Julai 1954)
- Yang Tempang (Mastika, Oktober 1954)
- Setelah 1948 dan Beginilah Selalunya (Mastika, Disember 1955)
- Dan Beginilah Selalunya (Utusan Zaman, 18 Disember 1955)
- Lorong Cantik Penuh Kelikir (Utusan Zaman, 8 Januari 1956)
- Uda dan Dara (Mastika, Mac 1956)
- Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi (Utusan Zaman, 1 Julai 1956)
- Tanah yang Kekeringan Benih (Utusan Zaman, 15 Julai 1956)
- Kenangan Jauh (Mastika, September 1956)
- Menyambut Lawatan Ketua Tertinggi Barisan Pemuda (Utusan Zaman, 18 November 1956)
- Cerita Sebuah Rumah Batu (Utusan Zaman, 9 Disember 1956)
- Inilah Soal Pokoknya (Utusan Zaman, 24 Februari 1957)
- Banjir (Utusan Zaman, 19 Disember 1957)
- Kenang-kenangan dan Harapan (Utusan Zaman, 9 Februari 1958)
- Tangan yang Pendek Janganlah Memeluk Gunung ( Utusan Zaman, 10 Ogos 1958)
- Turunnya Sebuah Bendera (Utusan Zaman, 7 September 1958)
- Suami dan Isteri (Utusan Zaman, 2 November 1958)
- Sebiji Peluru Karbain yang Telah Kosong (Utusan Zaman, 3 Mei 1959)
- Sebuah Kenangan yang Menghiris (Utusan Zaman, 23 Ogos 1959)
- Manusia yang Miskin (Berita Harian, 7 Januari 1960)
- Harga Hidup (Dewan Masyarakat, Julai 1962, bil. 7, Jilid v1)
- Harga Hidup (Dewan Bahasa, Julai 1962)
***KUMPULAN CERPEN***
- Untuk Jadi Isteri Orang Bangsawan (1950)
- Uda dan Dara (1956)
- Turunnya Sebuah Bendera (1958)
- Surat dari seorang Mata-mata (1950)
- Setelah 1948 (1955)
- Sebuah Khemah Didirikan
- Rimbaku, Air Mataku (1980)
- Pertemuan (1977)
- Menonton (1952)
- Peristiwa Bunga Telur (1949)
- Matinya Seorang Perempuan (1959)
- Koperal Tua (1962)
- Koktel (1969)
- Kenangan Jauh (1956)
- Kami yang Terlibat
- Ini saya Punya Kerja
- Haslina (1955)
- Harga Hidup (1962)
- Budi
- Betisnya Bunting Padi (1963)
Posted by Dia..Usman Awang at 9:10 PM0 commentsANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN
- Pejuang Sastera (1976)
- SEA Write Award (1982)
- Anugerah Sastera Negara (1983)
- Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya (1983)
- Anugerah Zamalah Sastera Kategori Penulis Terkenal Veteran (1985)
- Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perak (1991)
- Anugerah Penyair Johor (1995)
- Anugerah Seniman Agung (1999)
Dinsman (peny). 1995. Koleksi Terpilih Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamzah Hamdani. 2003. Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Umbi. Johor Bharu: Yayasan Warisan Johor.
Muhammad Haji Salleh. 2006. Seorang Penyair, Sebuah Benua Rusuh: Biografi Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh. 1999. Mutakhir Abad 20 Kumpulan Cerpen dan Puisi Tongkat Warrant Seniman Agung. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd.
Usman Awang. 1963. Degup Jantung. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru.
Usman Awang. 2005. Kami Yang Terlibat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zurinah Hassan. 2006. Sasterawan Negara: Usman Awang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Posted by Dia..Usman Awang at 6:48 AM0 commentsHome Subscribe to: Posts (Atom) PANTUN SELAMAT DATANG Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
DETIK DEMI DETIK MASA ITU EMAS USMAN AWANG Dia..Usman Awang Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi Johor Darul Takzim. Beliau banyak terlibat dalam dunia kesusasteraan khususnya kesusasteraan moden. Beliau terkenal dengan nama penanya iaitu Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Ros Murni, U.A, Setiabudi dan Zaini. Beliau menerima pendidikan awal di sebuah sekolah di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937), dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus darjah enam. Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu sebagai sidang pengarang Utusan Kanak-kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang akhbar Utusan Zaman dan Majalah Mastika. Beliau telah menerima pelbagai penghargaan dan pengiktirafan. Antaranya beliau menerima Anugerah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1982), Anugerah Sastera Negara (1983), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan UM (1983) dan pelbagai lagi. Pada tanggal 29 November 2001, Sasterawan Negara yang banyak menabur bakti dan mengangkat kedudukan sastera moden ini telah kembali ke Rahmatullah. View my complete profile NUR ANISA BT ABD WAHAB
[email protected] HASMAWANI BT MUHAMMAD
[email protected] NUR SHEILA BT KARIM
[email protected] Blog Archive Followers Senarai Pautan
- http://lynausman.blogspot.com
- http://mawarshafei.blogspot.com
- http://ms.wikipedia.org/Usman Awang
- http://penyair.wordpress.com
- http://www.dbp.gov.my
- http://www.fssk.ukm.my
- http://www.kakiseni.com
- http://www.ukm.my
- http://www.usmanawang.com.my/